Tetiba jari jemari ini gatal, seolah perlu digerakkan untuk mencari button di keyboard laptopku, bukan untuk apa hanya untuk meluahkan rasa yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Rasa ini selalu aku rasa, selalu datang tiba-tiba, sekilas ia datang, beberapa saat kemudian ia meninggalkan kotak fikiranku, tapi kali ini rasa ini lain dari rasa biasa. Apa ku rasa? Happy ke aku? Sedih ke aku? Marah ke aku? Terkilan ke aku? Mana mungkin aku meluahkannya. Tak mungkin. Aku sendiri masih mencari apa rasa ini. Dari mana rasa ini datang?
Rasa yang aku rasakan ini membuatkan degupan jantung aku semakin laju berdegup, tidak berhenti, semakin lama semakin pantas, dan akhirnya aku mengerti aku perlu menarik nafas, nafas panjang ku tarik supaya rasa ini dilepaskan dan pergi jauh, tapi aku masih tak mampu. Ya, aku tidak mampu menipu diri sendiri. Aku mampu menipu orang lain di sekeliling ku tapi aku tak mampu menipu diri sendiri. Aku tahu rasa itu, aku kenal rasa itu, sedari dulu lagi, dahulu aku pernah merasai rasa ini, tapi kerap kali aku menafikannya. Aku ego, keras, tidak mahu ada rasa ini. Aku sukar untuk menunjukkan rasa itu pada diri aku sendiri. Aku lebih rela orang lain yang menilai diri aku dan biar mereka memberitahu aku apa rasa ini, walaupun mereka tidak pernah kenal siapa aku. Aku lebih rela mereka memberi kata-kata palsu hanya untuk tidak mempunyai rasa itu dan asalkan apa yang aku rasa tidak dapat dinilai dan dilihat oleh sesiapa.
Kenapa? Kenapa rasa ini timbul kembali? BUkankah aku telah berada di kemuncaknya? Aku perlu belajar meyakinkan diri aku sendiri dan bukan menanti mereka untuk meyakinkanku. Akukah yang terlalu mementing diri atau mereka yang terlalu pandai menilai?
Sudah-sudahlah berfikir untuk rasa yang tiada pengakhirannya. Cukup membuatkan aku terseksa. Cukuplah Miza... cukuplah. Kau tak perlu ada rasa ini lagi, kau hanya perlu meyakinkan mereka. Yakinkan mereka untuk kali ini. Untuk kesekian kali, yakinkan dirimu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.