Total Pageviews

Erti Hidup Pada Memberi....

Memberi lebih baik dari menerima. Betul ke?
Seorang kawan memberi aku kata-kata ini. Katanya, ini kata-kata dari seorang Ustaz:

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.- Ustaz Haszrizal 

Buat aku terfikir, walaupun kadang-kadang bila kita memberi saja, hati kita sakit & terseksa, tapi kita rasa puas dan happy. Rasa tenang sebab tak de rasa terhutang budi dengan orang dan mengajar kita berdiri atas kaki sendiri.

Sampai hari ini, aku tak nampak lagi ruginya jadi orang yang memberi dan untungnya orang yang menerima. 

Tepuk dada tanya iman. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.